Tuesday 31 May 2011

OST Imam Muda 2..^_^


HAMBA MU
Mawi feat Akhil Hayy


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Thursday 19 May 2011

Pesan Rasulullah SAW ^_^

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

berilah aku penawar dalam setiap kedukaan..inshaAllah, urusanku dipermudahkan....T.T

lelaki = muslimin ^_^


1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasulnya
2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah
5. Ikhlas dalam beramal
6. Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
8. Selalu memohon ampun diatas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dengan dunia tapi tidak meninggalkannya
10. Solat malam (sunat) menjadi kebiasaannya
11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
12. Sentiasa berinfak samada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah diantara mereka
14. Amar maakruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kearah kebaikan serta meninggalkan kearah kejahatan
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia
17. Sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan bertawadhuk penuh kepada Allah.



aku masih tidak mampu jadi seperti lelaki yang mempunyai ciri2 di atas..T.T

Wednesday 18 May 2011

aku hanya hambaMu T_T

Wahai Tuhanku!Sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta amal yang dapat membawa cintaku kepadaMu!
Wahai Tuhanku!Jadikanlah cintaMu lebih aku dambakan dari diriku,keluargaku dan air yang dingin.


Wahai Tuhan kami!Kurniakanlah kami isteri-isteri dan keturunan-keturunan yang yang menyejukkan mata dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa..

Amin Ya Rabbal Alamin.


Tuesday 17 May 2011

When you don't give up..You cannot fail ^_^

video ne wat aku semangat sangat3 untuk teruskan study even aku tak dapat kos yang aku cita-cita dari kecil..
memang bukan rezeki aku untuk lanjutkan dalam kos yang aku minat, tapi aku yakin Allah tak pernah sia2 kan hidup aku..
 
 Memang skang aku rase sangat pahit nak laluinya, tapi inshaAllah, rezeki aku luas pada masa depan. 
Sabar je lah hati, ade sumthing yang berharga di depan sana menunggu kita..^_^
>>>USAHA ITU CITA-CITA YANG KEKAL<<<




Saturday 7 May 2011

mencatit sebuah kejayaan ^_^

Suara Azan- Fitri Haris
fisrt tyme aku dgr lagu ne masa aku drive sorg2 balik ke rumah aku di Bentong, Pahang dari Bangi..
menusuk kalbu gak lagu ne..^_^

tapi apa yang aku nak highlightkan disini, disamping azan ingatkan kita untuk tunaikan solat, azan gak ingatkan
 kita untuk menuju kejayaan. "Marilah Menuju Kejayan"...manisnya sebuah kejayaan.. 

as muslim, kita dengar azan 5 kali sehari..tapi, tanya diri "adakah kita menuju kejayaan pada setiap detik yang kita lalui?"...plizz ask urself..

pada yang merasai nikmatnya sebuah kejayaan, jgn bongkak, jgn sombong, sebab kita tak taw masa yang 
mendatang.. bersyukurlah atas kejayaan kamu..^_^ 


Friday 6 May 2011

t.a.w.a.k.a.l ^_^

Allah Taala berfirman:" Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. 
(Ath-Thalaq,65:3)

see! setiap pekerjaan yang kita lakukan dgn ikhlas, kemudiannya kita bertawakal, inshaAllah Allah cukupkan keperluannya. Allah mungkin x bagi apa yang kita hendak, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu. jadi, redha terima segula ujian dengan penuh kesabaran. Amati kata2 kekasih kita, Rasulullah saw sedalam2 nya.. 


Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya." (Hadis Riwayat Muslim)
renungkan lah ......
p/s: selawat pada Nabi kita..

salam pembuka bicara ^_^

Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash ra bahawasanya ada seseorang bertanya kepadaRasulullah saw.:
" Bagaimanakah Islam yang baik itu?". Baginda menjawab: " yaitu kamu memberi makanan, dan 
UCAPKAN SALAM BAIK  kepada orang yang telah kamu kenal maupun orang yang belum kamu kenal". 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)