Tuesday 5 July 2011

Adab-Adab Bercakap ^_^


1.       Beri salam sebelum bercakap
2.       Bercakap dengan jelas
3.       Bercakap bertentang muka (face to face)
4.       Jangan memotong/menyibuk percakapan orang
5.       Jangan cakap apa yang tidak baik ketika makan
6.       Tidak berkata sesuatu yang kurang menyenangkan ketika menzirahi pesakit
7.       Jangan meniru percakapan orang jahil
8.       Jangan membuat fitnah dan mencaci
9.      Memanggil seseorang dengan panggilan sesuai terutamnya kepada orang yang lebih tua
10.   Jangan bercakap jika kamu tidak tahu
11.   Jangan bercakap tidak henti-henti
12.   Jikalau memuji, puji dengan ikhlas
13.   Tidak menjerit ketika bercakap
14.   Jangan bergurau selalu
15.   Jangan bercakap sia-sia
Lihatlah betapa Islam menjaga tertib seseorang. Bak kata pepatah; “terlajak perahu boleh diundur balik, terlajak kata musnah binasa”.(*betul ke??hehe) Namun disini, saya ingin menekankan perkara pertama dalam adab bercakap iaitu beri salam sebelum bercakap. Tidak kiralah kita berucap ketika perhimpunan atau majlis sekalipun, mulakan percakapan dengan memberi salam. Macam budak-budak selalu cakap: “nak menyampuk, bagilah salam dulu!”. Saya menekankan perkara ini kerana seringkali di perhimpunan yang melibatkan orang berjawatan, kita dahulukan mereka kemudian baru beri salam. Sebagai contoh;  “ yang berbahagia si mamat A, Yang dihormati ayahanda pengetua, yang dialu-alukan si mamat B, yang dikasihi para guru dan seterusnya murud-murid sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi”. Jelas disini, salam bukan pembuka bicara. Sedangkan Allah menceritakan dalam Quran:
Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk ke tempat Ibrahim lalu mengucapkan : Salaamuan”, maka Ibrahim pun menjawab: “Salaamun”. [Surah Az Zariyat, 51:24-25]

Bahkan sunah mengucapkan salam pada suatu majlis yang di dalamnya terdapat orang Islam dan orang kafir.
Dari Usamah ra bahawasanya Nabi saw berjalan melewati suatu majlis yang didalamnya terdapat  orang-orang Islam dan orang- orang musyrik penyembah berhala serta orang- orang Yahudi, kemudian Nabi saw mengucapkan salam kepada mereka.
 [Riwayat Bukhari dan Muslim, Riyadhus Shalihin, Jilid 2]

Jadi, betulkan lah cara kita ketika memberi ucapan. Beri salam dahulu, kemudian berucaplah apa yang ingin disampaikan. Bila berbicara tentang beri salam ini, banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyebut hal ini dan begitu juga banyak sabda  Nabi Muhammad saw. tentang memberi salam. Tidak kiralah memberi salam sebelum bercakap , memberi salam kepada orang ataupun memberi salam ketika masuk rumah.

Harap kita dapat beradab ketika bercakap selapas ini. Moga setiap pertuturan kita membawa berkat dan diberi ganjaran pahala. Ilmu saya peroleh dari Ustaz Hanafiah ketika kuliah maghrib dan ditambah dengan ayat Quran dan hadis. Moga ilmu ini dimanfaatkan.

Hayatilah sabda Nabi Muhammad SAW: “ Senyap-senyap orang alim itu celaan, namun kata-kata orang alim itu perhiasan, sebaliknya kata-kata orang jahil itu celaan, tetapi senyap-senyap orang jahil itu perhiasan.”

No comments:

Post a Comment