Friday 1 July 2011

Islam itu Mudah ^_^

Assalamualikum..^_^
Tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai Islam Itu Mudah..
mmm...Sebelum saya meneruskan lagi artikel ini, saya nak tanya pada kamu sekalian, betul ke islam itu mudah? Sedangkan solat 5 kali sehari dengan tidak solat langsung, mana lagi mudah? Berpuasa pada bulan ramadhan dengan tidak berpuasa mana lagi senang?mm, cuba anda jawab.. Saya tahu, ramai akan jawab mudah, tapi kenapa anda cakap mudah walhal terang-terangan ramai antara kita tinggalkan solat dan ponteng puasa. Nahtijahnya, perkara itu susah untuk dilakukan untuk semua. Pokok persoalannya di sini, kenapa kita mengatakan Islam itu mudah..

1)Islam itu mudah diterima akal dan pancaindera.
Mudahnya Islam diterima akal melalui kajian saintifik. Sebagai contoh, mengapa perlunya kita bersolat dan berpuasa? Disini saya sertakan link yang dapat menjawab serba sedikit soalan tersebut.
http://www.susu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=83&Itemid=71
http://kijang.multiply.com/reviews/item/20
Terdapat banyak lagi kajian mengenai solat dan puasa ini telah dilakukan, dan hasil kajiannya membuktikan solat dan puasa amat bagus untuk kesihatan pancaindera manusia dan mudah diterima akal.

2) Islam itu mudah dari pengamalan
Cuba kita tanya pada individu yang berkaca mata. Adakah dia merasa selesa memakai kaca mata pada      awal dia memakai kaca mata. Tentunya tidak kerana beban dek berat kaca mata tersebut di atas hidung membuatkan seseorang itu tidak selesa.Tetapi, andai kita bertanya pada individu yang sama selepas 2 tahun dia memakai kaca mata, adakah dia merasa selesa memakai kaca mata itu? Dia pasti menjawab: "ya, jika tidak memakai spect ini, saya berasa tidak selesa untuk melihat."
Lihat! Begitu juga dengan Islam yang mewajibkan wanita memakai jilbab atau tudung. Pada permulaannya wanita tidak selesa memakai tudung, tetapi dek kebiasaan memakai tudung wanita tidak mampu sewenang-wenangnya menanggalkan tudung dihadapan lelaki ajnabi atau dikhalayak ramai. Maka, jelas kita dapat melihat contoh Islam itu mudah dari pengamalan.

3)Islam itu mudah kerana Allah menginginkan kemudahan kepada hambaNya. 
Di dalam Al- Quran, terdapat beberapa ayat yang menjelaskan Allah ingin memberi kemudahan pada hambaNya, sebagaimana jelas dalam firman Allah:

“...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...” [Al-Baqarah: 185]


“...Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.” [Al-Maa-idah: 6]

Selain itu juga, Surah Al Hajj ayat ke 78 ada mengatakan yang Islam itu mudah. Firman Allah:
"........Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim......."
Jelaslah disini bahawa Allah tidak sesekali ingin menyulitkan hambaNya, malah Allah terus memudahkan manusia dalam kehidupan dengan turunnya Al Quran dan utusan para anbiya bagi membantu membimbing manusia menjalani kehidupan yang bersyariat.


Setelah diteliti dengan sebaik-baiknya, Islam itu amat mudah. Setiap suruhan Allah kepada manusia bukan untuk mematikan fitrah manusia, tetapi menyuburkan lagi fitrah dan naluri manusia. Namun demikian, dewasa ini kita sering mendengar isu Islam itu susah. Hal ini kerana Islam itu dinilai berdasarkan penganutnya, bukan ajaran Islam itu sendiri. Sedarlah bahawa Islam itu amat mudah.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya agama Islam itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali kecuali akan terkalahkan (tidak dapat melaksanakannya). Oleh kerana itu, berlaku luruslah, sederhana (tidak melampaui batas), bergembiralah (kerana memperoleh pahala) serta pohon pertolongan (kepada Allah) dengan ibadah waktu pagi, petang dan sebahagian malam.
[Riwayat Bukhari, Kitabul Iman]

Ilmu ini hasil perkongsian saudara Mujahid, naqib saya di Universiti Malaya dan telah diedit sedikit demi sedap membacanya. Moga ilmu ini diberkati dan memberi manfaat pada semua.

No comments:

Post a Comment