Friday 1 July 2011

Tolong betolkan...^_^

Situasi 1.
"Kamu belajarlah bersungguh-sungguh kerana kejayaan itu terletak di tangan anda sendiri," kata seorang guru pada anak muridnya.

Situasi 2.
"Encik makanlah ubat ini, nescaya sembuhlah penyakit encik selepas makan ubat ini," kata seorang doktor kepada pesakitnya.

Astaghfirullah. Dalam sedar tak sedar, contoh lafaz dalam kedua-dua situasi boleh menyebabkan akidah seseorang rosak. Contoh ayat dalam kedua-dua situasi itu menyebabkan kita menyamakan kedudukan Allah dengan makhluk. Hal ini kerana hanya Allah yang mampu memberi kejayaan seseorang dan menyembuh penyakit.  Kita belajar bersungguh-sungguh bukan penentu kita berjaya, tetapi kita belajar bersungguh-sungguh itu adalah alat untuk mencapai kejaayan. Seperti juga dengan ubat. Kita makan ubat sebagai alat untuk kita sembuh, namun hanya Allah yang mampu merawat dan menyembuh penyakit. jadi sebaiknya kita tukar pertuturan tadi dengan ayat sebegini.

Situasi 1.
"Kamu belajarlah sungguh-sungguh, kemudian yakinlah pada Allah, pohon doa pada Allah, nescaya Allah memberi kejayaan kepada kamu," kata guru pada anak muridnya.

Situasi 2.
"Encik makanlah ubat ini, yakin dengan Allah, nescaya Allah sembuhkan penyakit encik," kata doktor pada pesakit.

Moga kita lebih berhati-hati dalam setiap pertuturan kita agar akidah kita terpelihara.

1 comment: